30 March 2014

Blackpepper Chicken Grill..

Assalamualaikum dunia indah..haipppppp!! Almost 8 bulan tak berupdate pape kat blog neh..

Biasa la kan..bila dah lama berhenti berblogging and berblog walking bagai, mood untuk update tu dah tak ada, semua dah ke laut..hahaha~sabor je la..

eh!! ekceli harini bukan nak update ape sangat pon, cuma tadi tengah hari ada masak blackpepper chicken grill yg super duper simple tapi agak sedap untuk tekak iols la...tekak korang2 semua tak tahu la macam mana plak kan... cer pakat2 try buat.. :)

Blackpepper Chicken Grill

Bahan-bahan perap:
Ayam (ikut korang nak banyak mana, iolss guna sebelah shj)
*Sos tiram
*Garam
*Kiub ayam
*Mix herb
*Lada hitam
Sedikit butter
Lobak merah
Brocolli
Ubi kentang
Bawang holland
lemon

Cara-cara:
Gaul ayam berserta bahan-bahan  bertanda * yang terdapat kat atas ye.. sehingga betul-betul sebati, then perap selama 30 minit..
Selepas itu bole la di grill sama ada dalam microwave or periuk ajaib sehingga masak..ikut keselesaan korang la ye..
Lobak merah, brocolli, bawang holland and kentang tu potong sederhana besar, bole grill sekali bila ayam dah separuh masak..kang kalau masuk awal-awal kang layu sangat tak sedap pulak kan..hehehe
So da siap bole la di hidang bersama nasi panas...yummeeehhh!! korang bole perah sedikit lemon tok kasi rasa masam-masam sikit.. bole di hidang bersama gravvy blackpepper jugak..tanak pakai gravvy pon bole... :)

Bahan-bahan untuk gravvy:
Lada hitam
kiub ayam
air
bawang besar (potong dadu)
mushroom (potong dadu)
celery
tepung gandum
butter
garam
gula perang

cara-caranya:
First korang caikan butter dalam periuk, apabila dah panas masukan bawang besar,goreng sampai agak layu dan naik bau. Kemudian, bila dah agak layu masukan pula tepung gandum anggaran dalam 2 sudu macam tu la. Then kacau sampai sebati, masukan air, kiub ayam dan kacau lagi.. Air boleh adjust ikut kepekatan yang korang nak tau. Bila dah mendidih, boleh masukan lada hitam,mushroom, celery, garam dan gula perang secukup rasa..so da siap boleh la di hidangkan bersama-sama ayam yang telah di grill tadi...

Selamat mencuba ye... ^-^ simple je kan..


p/s: bahan-bahan tu korang agak-agak je, jangan takut-takut.







Lots of Luv: sHaNAsHaIdA

No comments:

Sayang2 Sekalian!! Drop uollls nye link kt sini ek!!